Agensi

Paris: Penyiasat Perancis semalam mula menyoalsiasat suspek yang menyerang askar di Muzium Louvre di sini, tetapi lelaki itu enggan bercakap.

Suspek, dipercayai rakyat Mesir, ditembak diperut dan cedera parah selepas dia menyerang askar dengan dua parang Jumaat lalu.

Serangan berkenaan adalah keganasan terbaru di Perancis dan membangkitkan semula isu keselamatan tiga bulan menjelang pilihan raya presiden negara itu.

Sumber kehakiman berkata, penyiasat memutuskan untuk menyoalsiasatnya di katil hospitalnya selepas keadaannya semakin pulih.

“Tetapi lelaki itu enggan bercakap,” kata sumber berkenaan.

Dia ditahan di sebuah hotel di Paris sejak serangan di muzium berkenaan.

Berdasarkan rekod telefon dan visanya, dia dipercayai bernama Abdallah El-Hamahmy (gambar), 29, warga Mesir yang menetap di Emiriah Arab Bersatu dan memasuki Perancis secara sah dengan penerbangan dari Dubai pada 26 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 5:06 AM