AKSI Liverpool ketika menentang Chelsea.
AFP

Kingston upon Hull, United Kingdom: Jurgen Klopp mengingatkan Liverpool supaya tidak memandang rendah keupayaan Hull dalam usaha mengembalikan peluang mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris bertemu pasukan yang bergelut di kelompok bawahan malam ini.

Skuad kendalian Klopp perlu menang untuk membuktikan mereka lebih baik berbanding Manchester United dengan mengalahkan Hull selepas kelab yang dikenali sebagai Tigers itu berjaya mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford.

Dalam waktu sukar ini, Liverpool mahu menjadikan keputusan seri 1-1 ketika menentang Chelsea sebagai pemangkin semangat untuk terus mencipta kejayaan.

Tetapi Liverpool yang ketinggalan 10 mata di belakang Chelsea, hanya menang sekali sepanjang sembilan perlawanan setakat ini dan Klopp percaya Hull yang menduduki tangga kedua terbawah liga, mampu menghadirkan cabaran sengit.

“Saya kagum dengan aksi yang mereka persembahkan ketika menentang United,” kata Klopp. “Mereka tidak kelihatan seperti pasukan yang menduduki tangga kedua terbawah liga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:44 AM