ANGGOTA polis mengawal bangunan di Rue Ponthieu yang diserbu selepas dipercayai berkaitan dengan suspek. FOTO EPA
ANGGOTA polis mengawal perkarangan muzium Louvre
Agensi

Paris: Suspek utama serangan terhadap anggota tentera berhampiran Muzium Louvre di sini, semalam adalah lelaki dipercayai dilahirkan di Mesir.

Menurut sumber penyiasatan kes itu, lelaki itu dipercayai memasuki Perancis menerusi penerbangan dari Dubai.

Lelaki itu mengisytiharkan dirinya sebagai warga Mesir dalam permohonan visa ke Perancis.

Namun penyiasat polis sedang menentukan identitinya.

Sementara itu, polis Perancis menyerbu beberapa bangunan di pertengahan Paris berhubung kejadian itu, petang Jumaat (waktu tempatan).

Lokasi tepat serta maklumat serbuan tidak diberi namun pegawai kesatuan polis, Luc Poignant berkata, satu daripada serbuan dijalankan di Rue de Ponthieu, jalan berhampiran Lebuh Champs-Elysees yang terkenal di di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi Jumaat (5 petang waktu Malaysia), suspek meluru ke arah anggota tentera yang membuat rondaan di luar Louvre yang menempatkan lukisan terkenal Mona Lisa dan antara muzium paling popular dunia.

Suspek parah selepas ditembak lima das manakala anggota tentera cedera di kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 3:53 AM