Virak (kanan) bersama pegawainya menunjukkan beras yang dirampas di sebuah bangsal di Kampung Pisau Raut di Perkarangan Pejabat Polis Marin Pengkalan Kubor. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Tumpat: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor merampas 41 kampit beras yang diseludup di sebuah bangsal dekat Kampung Pisau Raut, di sini.

Beras bernilai RM3,500 itu ditemui hasil risikan anggota di kawasan berkenaan 11 malam tadi.

Pegawai Operasi PPM Pengkalan Kubor, Inspektor Virak Kong Pet berkata, pihaknya menemui timbunan kampit beras yang ditutup dengan kain dalam bangsal itu.

"Selepas diperiksa, terdapat 31 kampit beras seberat 25 kilogram (kg) setiap satu dan 10 kampit beras masing-masing seberat 10 kg bernilai anggaran RM3,500.

"Selepas menunggu selama setengah jam, tiada pihak tampil mengaku dan kita merampas beras terbabit untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, di sini, pagi ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 12:23 PM