Dua bekas pegawai kanan FELDA yang direman sejak 10 hari lalu dibebaskan hari ini. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Dua bekas pegawai kanan FELDA yang direman sejak 10 hari lalu berhubung siasatan kes salah guna kedudukan bagi projek penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014, dibebaskan hari ini.

Bekas Pengarah Besar FELDA bergelar Datuk berusia 57 tahun dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) berusia 53 tahun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM400,000 setiap seorang.

Perintah dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Terdahulu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret jam 10 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Mereka bersama tiga lagi bekas pegawai FELDA lain direman tujuh hari bermula 25 hingga 31 Januari lalu selepas ditahan di sekitar Lembah Klang melalui Operasi Caviar pada 24 Januari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 11:55 AM