Keadaan lembu yang terkepung akibat banjir di Kampung Sungai Ganchong, Pekan. - Foto Bernama
BERNAMA

Pekan: Selain penduduk, lembu milik seorang penternak juga terkepung sejak beberapa hari lalu, akibat banjir di Kampung Sungai Ganchong, di sini.

Pemiliknya, Mohamed Safri Mohamed Sidek, 52, berkata setiap pagi dan petang dia ke kandang bagi melihat keadaan lembu terbabit sambil memberi makan kepada kira-kira 50 ternakannya itu.

Kawasan kandang lembu terbabit kini menjadi seperti pulau dikelilingi air banjir.

Mohamed Safri berharap banjir tidak akan bertambah buruk hingga menenggelamkan kandang ternakannya atau segera pulih.

Keadaan banjir di Pahang kembali buruk hari ini, apabila jumlah mangsa banjir meningkat petang ini, kepada 2,010 orang berbanding 1,958 orang pada tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 8:46 PM