Lokasi SAR hari ketiga membabitkan keluasan 1,500 batu nautika persegi.
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot karam di perairan berhampiran Pulau Mengalum, dekat sini, kelmarin, diteruskan hari ini bermula 7 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, SAR hari ketiga membabitkan keluasan 1,500 batu nautika persegi, termasuk di perairan Brunei.

Katanya, aset yang terbabit dalam SAR adalah KM ADIL, Kilat 40, pesawat udara Bombardier APMM, dan dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Ganas dan KD Serang (TLDM).

"Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis C130 dan helikopter turut serta dalam SAR hari ini.

"Selain itu, pesawat Udara Negara Brunei jenis S92 turut membantu dalam operasi SAR di kawasan pencarian di perairan Brunei," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 9:02 AM