HUDDLESTONE (tiga dari kanan) jaring gol pendahuluan buat Hull. FOTO Reuters
AFP

Kingston upon Hull, United Kingdom: Manchester United berjaya meloloskan di ke final Piala Liga menerusi agregat 3-2 walaupun tewas 1-2 di tangan Hull City pada pertemuan separuh akhir kedua, semalam.

Hull City menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan menerusi Oumar Niasse tetapi tidak cukup untuk menghalang kemaraan United.

Mendahului 2-0 hasil kemenangan di pertemuan pertama, United menyaksikan kelebihan mereka hampir lenyap di Stadium KCOM selepas Tom Huddlestone menyempurnakan penalti pada minit ke-35 sebelum Paul Pogba menyamakan kedudukan di babak kedua.

Jaringan Niasse menghadirkan gerun buat anak buah Jose Mourinho tetapi berjaya mempertahankan kedudukan untuk menang 3-2 pada agregat dan bakal bertemu Southampton di final yang berlangsung di Wembley, 26 Februari nanti.

“Saya hanya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain saya,” kata Mourinho yang dilihat tidak begitu puas hati dengan penalti yang diterima Hull.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 5:12 AM