Amir Abd Hamid
amir_hamid@hmetro.com.my


Istanbul (Turki): Selepas 11 jam penerbangan Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 22 peserta misi bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria selamat sampai di Istanbul, semalam.

Kumpulan misi anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul jam 6 pagi tadi waktu tempatan.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care, Ustaz Nazmi Karim berkata, walaupun ada dugaan apabila 780 kilogram (kg) pelbagai barang terkandas di KLIA namun pihaknya mempunyai alternatif.

“Kami mengirim barangan yang lebih timbangan itu dalam kargo berasingan dan bakal tiba di sini dalam tempoh lima hari.

“Barangan selebihnya iaitu lebih satu tan yang berjaya dibawa akan diagihkan kepada pelarian Syria di sempadan selatan Turki.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 5:40 AM
BARANGAN yang didermakan untuk misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria.