Pasangan kembar siam bersama ibu bapa dan pasukan pembedahan. - Foto Maria Fareri Children Hospital.
AP

New York: Kembar siam perempuan berusia 11 bulan, Ballenie dan Bellanie Camacho, berjaya dipisahkan dalam pembedahan selama 21 jam di Hospital Kanak-Kanak Maria Fareri, Valhalla, New York, oleh pasukan 50 pakar perubatan hari ini.

Pembedahan kembar berkenaan yang keluarganya berasal dari Republik Dominica, bercantum di punggung, bermula 17 Januari lalu.

Pakar bedah Dr Samir Pandya berkata, pembedahan itu amat lama dan amat sukar namun ia memberi peluang kehidupan lebih baik kepada kembar terbabit.

Menurut doktor, kesihatan pasangan kembar yang dilahirkan di Republik Dominica itu stabil dan mereka akan berada di hospital berkenaan beberapa minggu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 10:08 PM