Lokasi kejadian langgar lari di Jalan Utara, Batu 3, Sandakan, awal pagi tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Sandakan: Polis meminta saksi kejadian lelaki berusia 63 tahun yang maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Utara, Batu 3, Sandakan, awal pagi tadi, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pada kejadian 5.15 pagi itu, mangsa, Akbar Diong dari Taman Rajawali Batu 7, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Kita percaya lelaki ini dilanggar sebuah kenderaan ketika mangsa melintas jalan.

"Jadi kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di talian 089212222 atau 242222," katanya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 7:08 PM