Keadaan sekolah dan kuarters guru di SK Kuala Sigu, Bintulu. FOTO ihsan guru sekolah itu,Louisa Lowy
Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: Tiga lagi sekolah rendah di Sarawak ditutup hari ini kerana banjir menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup lapan sekolah.

Tiga sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan(SK) Long Sobeng, SK Kuala Bok dan SK Long Loyang masing-masing di daerah Baram.

Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon berkata, semua sekolah berkenaan dinaiki air sehingga satu meter.

Menurutnya, semua murid yang tinggal di asrama sudah diarahkan pulang sebagai langkah keselamatan.

Semalam, Lima sekolah rendah iaitu tiga di Bintulu dan dua di Miri membabitkan 548 murid ditutup berikutan banjir kilat sejak Sabtu lalu.

Tiga sekolah di bahagian Bintulu adalah Sekolah Kebangsaan(SK) Kuala Sigu, SK Genaan dan SK Bukit Balai manakala di bahagian Miri, SK Rumah Ranggong dan SK Long Sobeng.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 12:48 PM