Anggota bomba sedang menaikkan mayat yang tercampak ke tebing parit. (Gambar kanan) Mayat seorang lagi mangsa. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


Teluk Intan: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai bertembung sesama sendiri di Jalan Chenderong Balai, di sini, jam 7 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.15 pagi dan sebaik tiba mendapati seorang daripada mangsa tercampak ke tebing parit berhampiran.

Katanya, anggota melakukan kerja menaikkan mayat dan menyerahkan kepada polis manakala seorang lagi mangsa yang turut meninggal dunia tercampak di jalan raya.

"Kedua-dua mangsa dipercayai berusia lingkungan 20 tahun dan disahkan pasukan perubatan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 11:52 AM