PRIYANKA Chopra.
Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Priyanka Chopra yang sudah menganggap Amerika Syarikat (AS) sebagai kediaman keduanya menunjukkan sokongan kepada pertubuhan wanita negara itu yang menentang pelantikan Donald Trump sebagai presiden ke-45.

Bagaimanapun, bintang drama Quantico berusia 34 tahun itu tidak dapat menyertai protes aman yang akan diadakan pertubuhan itu kerana jadual kerjanya yang padat.

Dalam Twitternya, Priyanka mencatatkan betapa dia berbangga dengan tindakan ahli pertubuhan itu dan mereka yang akan menyertai acara protes.

“Saya amat kecewa kerana tidak dapat pergi bersama-sama anda,” katanya.

Sebahagian besar selebriti AS menentangkan pelantikan Trump sebagai presiden negara itu.

Hartawan itu menjadi Presiden AS pada 20 Januari lalu menggantikan Barack Obama yang memerintah AS dari 2009 hingga 2017.

Priyanka kini berada di lokasi penggambaran filem Baywatch di Los Angeles yang turut dibintangi Dwayne Johnson, Zack Efron dan Alexandra Daddario.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:05 AM