MAT Zaid Mamat, 43, membersih lumpur di dalam rumahnya di Kampung Matang, Hulu Terengganu. FOTO Nazdy Harun
Isma Ismail
isma@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir menurun selepas lapan pusat pemindahan di Terengganu ditutup sehingga 6 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri, penutupan pusat pemindahan itu menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 2,111 orang daripada 597 keluarga berbanding 2,532 orang daripada 751 keluarga sebelum ini.

Bagaimanapun, bilangan mangsa banjir di Dungun dan Kemaman mencatatkan sedikit peningkatan.

Dungun mencatatkan 71 mangsa daripada 20 keluarga di empat pusat pemindahan berbanding 34 orang daripada 10 keluarga manakala Kemaman pula menempatkan 155 orang daripada 30 keluarga di lima pusat pemindahan berbanding 112 orang daripada 27 keluarga.

Daerah lain menunjukkan penurunan jumlah mangsa dengan Hulu Terengganu ketika ini menempatkan 848 orang daripada 299 keluarga, Setiu (650 orang daripada 156 keluarga) dan Besut (387 orang daripada 92 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 8:39 PM