Kereta yang diubahsuai dicuri suspek disekitar lembah klang. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Ampang Jaya: Polis menumpaskan Geng Turbo dan merampas lapan buah kenderaan yang diubahsuai dicuri kumpulan berkenaan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, lima suspek berusia 19 hingga 21 tahun termasuk tiga wanita ditahan di sebuah kondominium di Setapak kira-kira jam 3.30 petang.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias menunjukkan peralatan yang digunakan suspek. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Beliau berkata, kumpulan berkenaan aktif mencuri kereta yang sudah diubahsuai dan dilengkapi enjin turbo untuk dijual kepada orang tengah dengan harga RM8,000.

"Suspek meletakkan kereta yang dicuri diparkir berhampiran kondominium. Ujian saringan air kencing mendapati tiga daripadanya positif dadah.

"Semua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 3:15 PM