SUSPEK ditahan selepas dia ditembak. - Agensi

Melbourne: Seorang lelaki sengaja melanggar pejalan kaki di bandar raya ini semalam, menyebabkan empat orang terbunuh dan lebih 15 cedera.

Bagaimanapun, polis berkata, kejadian pada tengah hari itu tidak ada kaitan dengan keganasan.

Polis bertindak merempuh kereta berkenaan dan menembak pemandu berusia 26 tahun itu di lengan sebelum mengheretnya keluar dari kenderaan itu dan menangkapnya.

Menurut polis, lelaki yang namanya belum didedahkan memang diburu kerana terbabit dalam kejadian menikam sebelum itu.

Dia yang dikejar oleh beberapa kereta peronda dilihat memecut kenderaannya di kawasan pejalan kaki dan dengan sengaja merempuh orang ramai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:43 AM