GAMBAR hiasan
BERNAMA

Sandakan: Mayat budak lelaki yang lemas di Sungai Gum-Gum Batu 16 Jalan Labuk ditemukan tersangkut di pokok nipah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata mayat Mohd Helmizan Mohd Adizan, 11, ditemukan penduduk kampung pada 8.40 malam berhampiran Jambatan 4 Kampung Gum-Gum.

Katanya, mayat mangsa dijumpai sejam selepas pasukan mencari terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis menghentikan operasi mencari pada 7.20 malam.

Mohd Helmizan lemas selepas tergelincir di tebing sungai itu dan dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama beberapa rakannya semalam.

Bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada 1.57 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 11:11 AM