Oleh Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my

Lahad Datu: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun menafikan sekumpulan pengganas dari Selatan Filipina mendarat di Sandakan dan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna.

Menurutnya, berita itu adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas dan panik.

€Ž"Saya minta orang ramai bertenang kerana keadaan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) khususnya di Sandakan dan Semporna terkawal. Dakwaan itu adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan mediany, hari ini.€Ž

Abdul Rashid mengulas berita yang tersebar di laman sosial bahawa sekumpulan pengganas dari Selatan Filipina mendarat di Kampung Luboh, Batu 12 Sungai Manila Sandakan pada 25 Disember lalu dan terbaru berlaku kejadian tembak menembak di Semporna semalam.€Ž

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menghubungi balai polis terdekat di ESSZONE atau Bilik Gerakan ESSCOM untuk mendapatkan maklumat yang sahih.Ž

Abdul Rashid berkata, Bilik Gerakan yang berpusat di Lahad Datu itu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin memberikan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau menerusi faks 089-863182.€Ž

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan khabar angin sehingga boleh

menjejaskan ketenteramanawam,” katanya.Ž

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 3:01 PM