CONTE (kiri) dan Costa. FOTO AP
AFP

London: Diego Costa mungkin kembali ke barisan utama Chelsea yang akan menentang Hull, Ahad ini selepas dia ‘berdamai’ dengan pengurus Antonio Conte, kata media Britain, semalam.

Penyerang berusia 28 tahun itu yang meledak 14 gol musim ini sekali gus membantu Chelsea menakluk persada Liga Perdana, dilihat berada di padang latihan kelab sambil memeluk jurulatih kecergasan Julio Tous - individu yang berbalah dengannya minggu lalu gara-gara tahap kecergasannya selain didakwa mendapat tawaran lumayan dari sebuah kelab China.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu juga sudah mula berlatih bersama rakan sepasukannya sedangkan minggu lalu dia hanya berlatih berseorangan.

Penyerang kelahiran Brazil dan Conte masing-masing mendakwa dia mengalami kecederaan belakang hingga memaksa namanya diketepikan ketika pasukannya menang 3-0 ke atas juara bertahan Leicester minggu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 9:32 AM