Orang ramai hadir di Masjid Ar Rahmaniah untuk menyertai solat jenazah. FOTO Muhammad Sulaiman
Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my


Sabak Bernam: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Allahyarham Kamarol Zaki Abdul Malik, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Air Tawar, di sini, jam 6.15 petang tadi.

Sebelum itu jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) selepas selesai bedah siasat dan tiba jam 5.30 petang di Masjid Ar Rahmaniah, Sungai Air Tawar untuk disembahyangkan.

Solat jenazah diimamkan anak ketiga arwah, Mohd Naqib, 25.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, penduduk serta ahli politik hadir ketika solat jenazah dan pengebumian.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pemergian Ahmad Zaki akan dikenang sebagai ADUN yang baik.

Beliau berkata, segala pembangunan dan projek yang dirancang arwah akan diteruskan oleh rakan dalam UMNO Selangor.

"Arwah banyak berjasa kepada daerah Sabak Bernam khususnya Sungai Air Tawar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 6:51 PM