Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman membongkar makmal memproses dadah di Kedah dan Kuala Lumpur serta menahan tujuh individu dikaitkan dengan aktiviti terbabit.

Kejayaan itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan STING yang menumpaskan sindiket terbabit dan merampas 75 kilogram (kg) syabu dan 7 kg heroin.

"Syabas STING @PDRMsia gempur makmal dadah di Pendang/Changlun, Kedah dan di Kuala Lumpur. Tangkap tujuh orang dan rampas lebih 75 kg Syabu/7kg Heroin #GoPDRMGo," katanya.

Difahamkan sidang media berhubung kejayaan itu dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 9:59 AM