Southampton, England: Jaringan Eden Hazard pada masa kecederaan babak pertama menyelamatkan Chelsea daripada kekalahan memalukan di tangan Southampton di St Mary’s, malam tadi.

Hazard menyumbat gol dari penjuru kotak penalti selepas melakukan gerakan berseorangan sebaik menerima hantaran Cesc Fabregas sekali gus membantu Blues seri 1-1, mengutip satu mata serta kekal mendahului liga.

Seperti biasa, Chelsea lebih banyak menguasai bola namun Saints, yang bertindak baik pada awal musim ini di bawah kendalian pengurus baru dari Belanda, Ronald Koeman, mengejutkan mereka menerusi serangan balas yang menarik.

Sadio Mane berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois pada minit ke-17 selepas menerima lorongan Dusan Tadic.

Sekalipun Saints beraksi 10 pemain ketika berbaki tiga minit apabila pemain tengah Morgan Schnerderlin menerima kad kuning sekali gus kad merah kerana terjahan keras terhadap Fabregas, Chelsea gagal menggunakan kesempatan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:11 AM