ANTONIO Conte dan Diego Costa. FOTO AFP
AFP

Leicester, England: Antonio Conte menegaskan akan menyelesaikan masalah Chelsea secara dalaman selepas menafikan wujudnya pertelagahan dengan penyerang bintangnya Diego Costa.

Conte menyaksikan kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Leicester City 3-0 tanpa Costa yang tidak diturunkan berikutan laporan pertelagahan dengan jurulatih kecergasan Julio Tous selain minat yang ditunjukkan kelab di China.

Namun jurulatih Itali itu menegaskan ketiadaan Costa di Stadium King Power itu berpunca daripada kecederaan dan mendakwa sebarang masalah dengan pemainnya akan ditangani di bilik persalinan.

“Saya membaca terlalu banyak spekulasi mengenai topik ini,” kata Conte yang menjelaskan akan menilai tahap kecergasan Costa minggu depan.

“Saya boleh beritahu anda jika ada masalah dan saya ulangi ‘kalau’ membabitkan pemain, saya biasanya akan menyelesaikannya di bilik persalinan, bukannya di luar, bukan ketika sidang media.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 9:27 AM