Kuala Lumpur: Kapal KD Lekir dan KD Pahang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah memulakan pelayaran ke Laut Jawa untuk membantu Tentera Nasional Indonesia (TNI) menjejaki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

KD Pahang belayar dari Pelabuhan TLDM Tanjung Pengelih, Kuantan, Pahang, belayar kira-kira 7 petang ini, manakala KD Lekir memulakan pelayaran dari Pelabuhan TUDM Lumut, Perak, sekitar 8 malam ini.

Kapal Frigat KD Lekiu pula akan memulakan pelayaran, 9 pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 11:43 PM