Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalam kemalangan berkenaan. Pix: Ihsan Bomba
Attirmidzie Rahman
am@hmetro.com.my


Pasir Mas: Seorang lelaki maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Pasir Mas - Salor, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Rozman Yusof, 26 meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga mangsa lain cedera parah dan dihantar ke Hospital Pasir Mas.

Kemalangan itu membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Kancil, Toyota Vios dan sebuah pacuan empat roda

Difahamkan kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu Rozman dikatakan hilang kawalan selepas bergesel dengan kereta jenis Perodua Kancil yang menuju ke arah Pasir Mas.

Kereta terbabit terbabas lalu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri A. Wahab berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.17 petang sebelum seorang pegawai bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mengeluarkan tiga mangsa yang cedera di dalam Proton Waja berkenaan.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 10:45 AM