ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh tangki air konkrit milik Syarikat Air Johor (SAJ) di Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, kira-kira 8 malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Azizan Aziz berkata, dua manga yang maut itu dikenal pasti Aminah Mohd, 86, dan Maimun Saniman, 55, manakala pemandu Razali Saadon, 54, cedera.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 8.20 malam.

"Setibanya di lokasi pada 8.32 malam didapati berlaku kemalangan membabitkan kereta.

"Kereta itu terbabas dan melanggar tangki air konkrit SAJ," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 11:19 AM