Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah dengan menahan 11 individu dalam dua serbuan di Johor Bahru dan Subang Jaya, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Beliau berkata, serbuan berjaya membongkar makmal dadah dan merampas bahan terlarang itu yang dianggarkan seberat 70 kilogram (kg).

“€œSyabas STING @PDRMsia gempur makmal dadah di Johor Bharu dan Subang Jaya, tangkap 11 orang dan rampas lebih 70 kg bahan disyaki dadah. #GoPDRMGo,”€ katanya.

Difahamkan, sidang media mengenai kejayaan itu akan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sharif pada Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 9:42 PM