Produser Jordan Horowitz dan Fred Berger menerima anugerah Best Motion Picture Musical "La La Land" di Beverly Hills. FOTO REUTERS
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


California (Amerika Syarikat): Malam kemuncak Anugerah Golden Globes ke-74 yang berlangsung secara langsung dari The Beverly Hilton, di sini menyaksikan filem muzikal La La Land menggondol tujuh trofi, hari ini.

Kemenangan itu termasuk Filem Terbaik, Komedi atau Muzikal serta Pelakon Terbaik yang dimenangi Ryan Gosling dan Emma Stone.

Pengarah La La Land, Damien Chazelle turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik dan Layar Perak Terbaik.

Sementara itu Moonlight dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Drama manakala Zootopia memenangi trofi Animasi Terbaik.

Bagi kategori Televisyen, The Crown dan Atlanta masing-masing membawa pulang trofi bagi Siri Drama Terbaik serta Siri Muzikal atau Komedi Terbaik.

Manakala siri mini The Night Manager memenangi tiga trofi bagi Pelakon Lelaki Siri Mini atau Telefilem Terbaik (Tom Hiddleston), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Olivia Colman) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hugh Laurie).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 3:00 PM