IBU bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1. Kebanyakan sekolah mula dibuka hari ini setelah ditutup akibat banjir. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan ditutup selepas 410 mangsa dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.

Keadaan cuaca yang baik membantu paras air surut dan kesemua PPS di Pasir Mas serta sebuah PPS di Tumpat ditutup pagi tadi

Menurut portal eBanjir Kelantan, jumlah mangsa sehingga 12 tengah hari menurun kepada 426 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Tumpat berbanding 836 orang daripada 259 keluarga di lima PPS di Pasir Mas dan Tumpat, 8 pagi tadi.

Sementara itu, dua jalan masih ditutup masing-masing satu di Kampung Kemuning-Sungai Merkam, Machang dan Jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah, Pasir Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 12:31 PM