IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
BERNAMA
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Budak lelaki tersepit kepala kira-kira 30 minit pada jeriji pintu depan rumahnya ketika bermain, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang, dekat sini, pada 8.30 malam.

“Datuk kepada mangsa datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bagi melaporkan kejadian berkenaan.

“Sepasukan enam anggota bomba tiba di rumah mangsa pada 8.56 malam. Anggota memerlukan lima minit untuk mengeluarkan kepala tersepit itu menggunakan pemotong khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 2:11 AM