Keadaan di pekan Rantau Panjang yang kembali pulih dengan banyak kedai dibuka selepas beberapa hari dilanda banjir.- Foto SITI NORHIDAYATIDAYU RAZALI
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Banjir di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa sehingga jam 9 malam hari ini, menurun kepada 836 mangsa daripada 259 keluarga berbanding 1,018 orang membabitkan 332 keluarga pada 6 petang.

Menurut portal eBanjir Kelantan, jumlah mangsa yang dibenarkan pulang petang tadi ialah 186 orang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail berkata, lima sekolah tidak beroperasi esok kerana masih digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir

"Antara sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, manakala di Tumpat, SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong dan SABK Nurul Huda Kajang Sebidang," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 9:49 PM