ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh membantu mangsa banjir. FOTO Bernama
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus berkurangan kepada 4,779 orang jam 9 pagi berbanding 5,518 jam 12 tengah malam tadi.

Menurut portal ebanjir Kelantan, semua mangsa membabitkan 1,608 keluarga ditempatkan di 14 PPS di Tumpat dan Pasir Mas.

Daerah Tumpat merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,898 orang membabitkan 969 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Bagi daerah Pasir Mas, seramai 1,901 mangsa masih ditempatkan di tujuh PPS.

Selain itu, bacaan Sungai Golok kini semakin surut dan berada di paras amaran 8.83 meter (m) berbanding paras bahaya 9.08 m, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 9:53 AM