BEBERAPA penduduk menikmati sarapan di Kampung Belukar, Neting, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus menurun kepada 11,794 orang, pagi ini, berbanding 12,064 orang, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Semua mangsa banjir membabitkan 4,328 keluarga kini ditempatkan di 24 PPS di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Jumlah mangsa banjir dijangka terus menurun berikutan cuaca cerah di negeri ini, sejak kelmarin.

Daerah Pas Mas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,729 orang membabitkan 3,030 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.

Jumlah mangsa banjir di Tumpat mencatatkan seramai 4,038 orang di tempatkan di tujuh PPS diikuti Pasir Puteh merekodkan 27 orang.

Bacaan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya iaitu 9.47 meter (m) namun semakin menurun berbanding 9.63m, pada tengah malam tadi.

Selain itu, lapan laluan masih ditutup untuk kenderaan masing-masing satu di Machang dan tujuh di Pasir Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 9:45 AM