PASUKAN Fnatic. FOTO Hazril Md Nor
Hazril Md Nor
am@hmetro.com.my


Genting Highlands: Pasukan Fnatic kecundang pada pusingan pertama berdepan pasukan Rusia, Virtus Pro dalam kejohanan ESL One Genting, di sini, hari ini.

Fnatic diwakili Chai Yee Fung (Mushi), Khoo Chong Xin (Ohaiyo) dan tiga pemain baru iaitu Muhammad Rizky Anugrah (InYourDream), Kim Yong Min (Febby) serta Ng Wei Poong (Yamateh).

Virtus Pro pula diwakili Roman Kushnarev (RAMZES666), Vladimir Minenko (No[o]ne), Pavel Khvastunov (9pasha), Ilya Ilyuk (Lil), Alexei Berezin (Solo).

Mereka memenangi pusingan kelayakan ESL One bahagian Eropah sebelum ini.

Fnatic seterusnya ke pusingan 'loser bracket' dan perlu memenangi empat daripada enam perlawanan untuk ke peringkat separuh akhir.

ESL One Genting adalah acara ESL pertama di Malaysia dengan kerjasama Resorts World Genting. Ia berlangsung sehingga 8 Januari disertai lapan pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1,121,875).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 5:13 PM