Keadaan Mohd Hafis yang terlantar di katil ketika bomba tiba untuk membawanya ke hospital. - Foto Ihsan Bomba
Nadzreen Shah Mat Salim
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lelaki obesiti yang sesak nafas di rumahnya di Desa Pandan, Jalan Kampung Pandan, di sini, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, pihaknya menerima panggilan daripada HKL pada 1.44 petang untuk membawa mangsa turun dari tingkat empat rumahnya ke hospital berkenaan.

"Setiba di rumahnya, kami dapati mangsa, Mohd Hafis Suleman, 30, yang berat badannya dianggar 300 kilogram keadaan terbaring di atas katil.

“Anggota bomba menggunakan pengusung untuk membawanya turun dari rumah melalui tangga sebelum diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 9:08 PM