Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui dan menyita wang tunai serta

jongkong emas bernilai kira-kira RM2.6 juta dari beberapa peti simpanan di bank milik Ketua Setiausaha

(KSU) bergelar Datuk sebuah kementerian yang ditahan semalam.

Menurut sumber, SPRM membuka peti simpanan emas di sebuah bank dan merampas jongkong seberat

lapan kg yang dianggarkan bernilai 1.6 juta.

Katanya, SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir

RM1juta termasuk AUD 80,000.

"Selain turut SPRM turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak

suspek di rumahnya.

"Semua suspek juga berkenaan dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah atas nama ahli keluarga di

sekitar Lembah Klang,"katanya.

Difahamkan, SPRM kini sedang membuat pengesahan serta menilai tanah terbabit.

Pada masa sama, SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi

memastikan sama ada suspek pernah membuat pembayaran sebarang cukai sejak 2010.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat

berkenaan, namun memaklumkan tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini.

Semalam KSU itu bersama dua individu lagi ditahan bersama wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta yang dirampas dalam operasi SPRM..

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 9:03 PM