Antara barang termasuk emas yang dirampas. - Foto Ihsan SPRM
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Selain menahan seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu yang dipercayai rakan subahat KSU berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,Datuk Azam Baki berkata, suspek utama, KSU bergelar datuk berusia 59 tahun itu dipercayai menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Katanya, rakan subahatnya, lelaki berusia 29 tahun yang ditahan itu dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan suspek pertama.

"Setakat ini, SPRM sudah merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas dianggar bernilai RM3 juta.

"Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi hari ini, " katanya dalam kenyataan di sini, hari ini,

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:30 PM