Runtuhan besi perancah yang menyebabkan seorang buruh warga Indonesia maut dalam kejadian Isnin lalu. FOTO Ihsan pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Dengkil: Seorang buruh warga Indonesia maut dihempap besi perancah dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ketika kejadian pada jam 9.30 pagi, berlaku runtuhan membabitkan perancah pada salah satu tingkat bangunan dalam pembinaan itu.

"Mangsa, Eko Purnomo, 42, yang tidak sempat melarikan diri dihempap besi perancah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian tengkuk.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dalam kemalangan itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 5:53 PM