SAMSUNG POWERbot VR7000
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Samsung dikhabar akan memperkenalkan pelbagai barisan produk inovatif termasuk pembersih vakum robot, POWERbot VR7000 pada acara CES 2017 yang dijangka bakal diadakan pada bulan ini.

Dengan rekaan yang nipis berukuran kurang empat inci, vakum yang 28 peratus lebih kecil daripada model sebelumnya ini berupaya membersihkan segenap ruang rumah termasuk di sudut yang sempit seperti di bawah katil dan perabot.

Bergantung kepada model yang dipilih, POWERbotTM VR7000 ini mampu memastikan pembersihan menyeluruh dengan menjana kuasa sedutan sehingga 20 watt.

INFO

SAMSUNG POWERBOT VR7000

• TEBAL: Kurang 4”

• KUASA SEDUTAN: 20 watt

• REKAAN: 28 peratus lebih nipis dan kecil daripada model terdahulu

• CIRI: Edge Clean Master, disambungkan dengan peranti menerusi aplikasi dan boleh digandingkan dengan Amazon Echo

• FUNGSI: IoT (guna aplikasi)

• SAMBUNGAN: Amazon Echo

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 11:31 AM