Aktor Hugh Jackman berkongsi kegembiraan dengan peminat apabila memuat naik gambarnya bersama anak anjing yang dihadiahkan seseorang sempena Krismas di Instagram.

Pelakon dikenali dengan watak Wolverine dalam filem X-Men mengakui pencinta anjing dan bangga kerana memiliki dua ekor haiwan peliharaan itu.

Katanya, dia tidak menyangka mendapat seekor anjing untuk Krismas tahun ini.

"Saya terkejut apabila hadiah diberikan lebih awal beberapa hari sebelum Krismas. Saya belum memikirkan nama untuk anjing ini. Anjing yang sudah saya bela sejak beberapa tahun lalu saya berikan nama Dali.

"Saya gembira kerana walaupun anak anjing itu masih baru dalam keluarga kami tetapi terus saja dapat berkawan dengan Dali," katanya.

Peminat yang biasa melihat gambar dimuatnaik dalam Instagram milik Jackman pasti menyedari, dalam apa saja aktiviti dilakukannya, Jackman akan membawa Dali bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:03 AM