Mayat mangsa ditemui di Sungai Padas Kampung Melulugus, Beaufort. FOTO Ihsan pembaca
Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Beaufort: Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Padas, Kampung Melulugus, Beaufort, 1.30 tengah hari tadi.

Mayat Ng Tan Sung, 62, ditemui terapung selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pihak bomba sebaik menerima laporan kes orang hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa dikhuatiri hilang pada Sabtu lalu apabila ahli keluarganya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Batu 64.

"Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah sehingga semalam dan satu laporan polis dibuat menyatakan mangsa dikhuatiri hilang.

"Hasil pencarian pihak bomba berjaya menemui mayat mangsa pada 1.30 tengah hari di kawasan jambatan baru di Kampung Melulugus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 4:42 PM