ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa di dalam kereta yang dipandunya. FOTO ihsan Bomba
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Pasukan bomba terpaksa memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan lelaki warga emas yang dalam keadaan lemah di Jalan Lintas, Likas, di sini, 10.20 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.28 pagi dan sebuah jentera dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba seminit kemudian, anggota bomba mendapati seorang lelaki berusia 70 tahun dalam keadaan lemah berada di dalam kereta dipandunya.

"Anggota bomba dibantu polis kemudian mengetuk cermin kereta mangsa namun tiada tindak pantas.

"Pasukan bomba kemudian memecahkan cermin kereta dan mengeluarkan mangsa terbabit," katanya ketika ditemui di lokas kejadian, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Mangsa dipercayai diserang angin ahmar dan difahamkan kejadian itu turut menyebabkan berlaku kesesakan teruk di kawasan jalan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 2:58 PM