Kuala Lumpur: Empat negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir, tengah malam tadi, berbanding petang semalam.

Bagaimanapun, Johor mencatatkan sedikit kenaikan manakala Kelantan masih belum dapat mengumpul data terkini.

Di PAHANG, mangsa banjir menunjukkan penurunan 32,857 orang berbanding 33,973 orang, semalam.

Kuantan masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 10,174 orang daripada 2,657 keluarga di 34 pusat pemindahan.

Di PERAK, jumlah mangsa turun kepada 6,914 orang daripada 1,796 keluarga berbanding 7,010 orang daripada 1,851 keluarga.

Di PERLIS, mangsa menurun kepada 34 orang daripada 10 keluarga berbanding 77 orang daripada 23 keluarga.

Di TERENGGANU, mangsa turun kepada 33,950 orang daripada 8,376 keluarga ditempatkan di 92 pusat pemindahan berbanding 34,852 orang.

Di JOHOR, mangsa mencatatkan sedikit peningkatan apabila 464 orang daripada 115 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 439 orang daripada 112 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 3:01 AM