ANTONIO Conte (tengah) meraikan kemenangan bersama Diego Costa. FOTO EPA
AFP

London: Pengurus Chelsea Antonio Conte berkata beliau akan ‘tidur lena’ selepas pasukannya meraikan tahun baharu dengan menyamai rekod Liga Perdana Inggeris untuk kemenangan berturut-turut dalam semusim.

Dua gol Willian serta masing-masing satu daripada Gary Cahill dan Diego Costa memastikan mereka menang 4-2 ke atas Stoke yang juga kemenangan ke-13 berturut-turut.

Conte ternyata berpuas hati dengan cara Chelsea menyesuaikan diri dengan corak permainan Stoke selepas pasukan pelawat yang mendapat inspirasi daripada Peter Crouch mencetuskan masalah di bahagian pertahanan.

“Pemain membuktikan kepada saya mereka mampu menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak berbeza,” kata Conte.

“Apabila anda menang banyak perlawanan, sikap berpuas hati dan berfikir ‘Oh kami banyak menang dan jika tidak menang, tidak penting’ adalah sesuatu yang berbahaya.’

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 8:10 AM