FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Sekurang-kurangnya 24 sekolah di Terengganu tidak dapat dibuka pada hari pertama sesi persekolahan 2017, esok, berikutan banjir.

Penangguhan sesi persekolahan itu membabitkan hampir seribu murid pelajar di Marang, Hulu Terengganu dan Setiu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin, berkata Hulu Terengganu paling teruk terjejas apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan (SK) dan tiga sekolah menengah (SMK) terpaksa ditutup akibat banjir.

Katanya, antara sekolah yang ditutup di Hulu Terengganu

SK Tengkawang; SK Kuala Ping; SK Teris; SK Kuala Jenderis; SK Padang Setebu; SK Matang; SK Sungai Buloh; SK Sungai Berua; SK Batu Tadok; SK Lubok Periuk; SK Nibong; SK Kua; SK Felda Mengkawang; SK Betong; SK Pereh; SK Felda Tersat; SK Menerong; SK Cheting; SK Padang Setar; SMK Menerong; SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.

"Dua lagi sekolah ditutup masing-masing SK Sentol Patah di Marang dan SK Merbau Menyusut di Setiu," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, sesi persekolahan sekolah berkenaan terpaksa ditangguhkan akibat beberapa faktor seperti dinaiki air, terputus hubungan dan dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir.

Katanya, sekolah hanya beroperasi semula apabila banjir mula reda dan keadaan pulih seperti biasa.

"Dalam pada itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa prihatin dengan perkembangan situasi semasa di kawasan masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:57 PM