FOTO Hairulazim Mahmud
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


Subang: Rapid Rail Sdn Bhd memperkenalkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) generasi baharu bagi Laluan Kelana Jaya yang memiliki reka bentuk baru serta struktur sisi melengkung dan bercirikan moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk lr Zohari Sulaiman berkata, sebanyak 14 unit tren KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) model Bombardier Innovia Metro 300 mampu meningkatkan kapasiti penumpang LRT Laluan Kelana Jaya

sebanyak 30 peratus.

"Kos yang dilaburkan untuk pembelian tren baharu ini berjumlah RM577.5 juta.

"Tren baharu dengan kombinasi empat gerabak akan menggantikan tren dua gerabak yang hanya boleh memuatkan 472 penumpang berbanding yang terkini seramai 1,200 penumpang," katanya pada sesi bersama media hari pertama operasi tren berkenaan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 11:20 AM