KAKITANGAN mahkamah dan orang awam diarahkan keluar sementara pemeriksaan dijalankan. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Suasana di Mahkamah Kota Bharu di sini gempar selepas dipercayai menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali, 12 tengah hari tadi.

Sehubungan itu semua kakitangan mahkamah dan orang awam yang berada di perkarangan mahkamah diarahkan keluar.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati semua kakitangan mahkamah dan orang awam sudah berada di luar mahkamah.


KAKITANGAN mahkamah dan orang awam diarahkan keluar sementara pemeriksaan dijalankan. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan dijalankan.

Ini adalah kejadian kali kedua selepas operasi di Mahkamah Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu dan Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan buat berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 1:01 PM