Pertemuan antara pasukan ekspedisi SAR dan pihak kedutaan Malaysia di Iran serta Red Cresent. FOTO ihsan Mohd Khafiz
Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Misi mencari seorang lagi pendaki Malaysia, Ramli Abd Majid, 44, yang hilang di Gunung Damavand, Iran akan ditangguhkan sepanjang musim sejuk.

Ketua ekspedisi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Khafiz Bachok, 38, berkata ia diputuskan hasil pertemuan dengan kedutaan dan pihak berkuasa di Iran, awal pagi tadi.

"Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak stabil dan salji tebal menyukarkan pencarian, jadi pihak Red Cresent akan menyambung operasi selepas tamat musim sejuk.

"Hasil pertemuan itu juga pihak Red Cresent menjelaskan bahawa sebarang usaha mencari di musim sejuk tidak akan berhasil atas faktor salji tebal," katanya menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Pada masa sama, pihak Red Cresent secara rasmi menyatakan bahawa pendaki negara diklasifikasikan sebagai mangsa hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 7:00 PM