ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. FOTO ihsan bomba
Khalid Latip
am@hmetro.com.my


Sarikei: Seorang lelaki maut, tiga parah apabila Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan treler dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sebangkoi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, pemandu Perodua Myvi, Hu Hang Tiong, 41 tersepit di tempat pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Tiga penumpang yang menaiki kenderaan sama iaitu Kong Lik Ying, 23; Pang Kech Siong, 24 dan Uon Mee Hua, 74 parah dan dirawat di Hospital Sarikei.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintendan Mat Jusoh Mohamad berkata, Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu, manakala treler pula dalam perjalanan dari Sarikei ke Kuching.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi melanggar belakang belakang Perodua Viva menyebabkannya hilang kawalan, masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler.

"Pemandu lori berusia 49 tahun dan pemandu Perodua Viva, 48 dan empat penumpang yang menaiki kenderaan itu tidak cedera.

Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 9:00 PM